Followers

Friday, October 8, 2010

Sebakul anggur coklat di malam mood tidak stabil.


Di malam kebosanan melanda, saya pun menyiapkan sebakul anggur coklat untuk saya bawa bersama ke Majlis Pertunangan sepupu pada hari ini. Konsep warna yang dimaklumkan adalah Pink+Silver. Tapi disebabkan bidan terjun sahaja maka, tak sempatlah saya nak menghias mengikut konsep yang sebenar-benarnya, cuma ala-ala sahaja. Harap-harap okay dan tidaklah terlalu berbeza sangat dengan hantaran yang lain tu.




Tiadalah apa yang istimewa sangat dengan hantaran sebakul anggur coklat ini, cumanya saya gubahkan coklat koko jeli yang ada dijual dipasaran tu menjadi segugus anggur dan saya hiaskan dengan sedikit coklat yang lain dalam bakul itu agar tidak kosong sangat. Sebenarnya kalau sempat, hendaklah juga hati saya buat gubahan berbentuk buah-buahan yang lain, tapi dah tak sempat. Sekadar yang ada sahaja. Bakul pun ambil yang mana sempat tetapi saya hiaskan juga dengan sedikit riben hiasan dengan konsep yang sama. Walaupun tak begitu puas hati, tetapi inilah sekadar terdaya yang saya siapkan di dalam waktu yang pendek, bahan yang tidak lengkap (kerana kesuntukan waktu) serta mood yang tidak begitu stabil.



....hmmm.....seperti biasa, saya suka riben polka-dot....jika semua perasan, polka-dot akan ada di kebanyakan hasil kerja saya....:)

No comments:

Post a Comment