Followers

Saturday, October 16, 2010

Out of Topic: Mama Nuriel memasak???

Okay, dah lama rasanya saya tidak mengemaskini blog saya. Bukan sengaja hendak diamkan diri tetapi mungkin kesibukan saya membataskan tugas-tugas mengemaskini. Memandangkan saya telah diberi portfolio yang baru di pejabat, mungkin saya ada sedikit lebihan masa untuk diri sendiri.

Hari ini pun agak 'out-of-topic'. Saya nak berkongsi sedikit resipi yang mudah. Sesekali saya turun ke dapur, masak untuk diri sendiri.....apa yang saya masak? Kerabu Su'un. Nak resipinya? Jom lihat ini:

Bahan-bahannya:

Su'un
Daging ayam
Tomato
Daun Ketumbar
Serai
Bawang besar
Limau/lemon
Sedikit minyak
Garam dan sedikit gula


Cara-caranya:

1) Celur su'un hingga lembut dan toskan. Letak tepi.
2) Potong tomato ikut kesesuaian (boleh didadukan jika mahu), daun ketumbar juga dipotong kasar, serai dipotong nipis-nipis, bawang besar dipotong nipis. Masukkan semua bahan termasuk su'un dalam satu mangkuk yang besar untuk memudahkan proses menggaul nanti.
3) Daging ayam dipotong nipis atau dadu, letakkan garam dan sedikit gula gaul rata.
4) Masukkan sedikit minyak di dalam kuali dan gorengkan ayam tadi sehingga masak dan kemudian tuangkan semuanya dalam mangkuk besar tadi.
5) Perah limau/lemon, masukkan sedikit garam dan gula. Gaul rata.
6) Hidangkan



Hmm...berapa sukatan untuk bahan-bahan? Itu memang saya lomah betui... Saya memasak ikut berat tangan. Tak ada sebarang resipi atau sukatan yang khusus. Dan perasan atau tidak, saya tak sebut tentang sebarang serbuk perisa? Kami sekeluarga memang tak menggemari serbuk perisa. Jika ada yang berminat, boleh letakkan ikut sukatan sendiri ya. Jika ingin pedas, potong cili padi nipis-nipis dan gaulkan sekali. Hmm...lazat sebab ada rasa masam-masam dan pedas sekali. Sesekali saya akan padankan resipi ini dengan ikan talang masin yang saya potong nipis-nipis dan gorengkan garing seperti ayam tadi dan digaul bersama su'un dan lain-lain bahan. Pun lazat juga. Orang nak berdiet, boleh cuba resipi ini, kurangkan sedikit minyak sewaktu menggoreng atau tukarkan kepada minyak zaitun yang lebih sihat.

Okay, selamat mencuba. Mudah dan sihat.

No comments:

Post a Comment