Followers

Wednesday, November 3, 2010

The Patch Block-Couple Pillow

Hari ini hari Rabu, esok hari Khamis........Yeah!!! Khamis datang jua..... bersiap sedia untuk cuti panjang? Tak lah panjang sangat sebenarnya tetapi 3 hari tu macam-macam boleh saya buat. Sebenar-benarnya saya tak ada mood untuk sebarang kerja-kerja pejabat.

Okay, apa bonda la yang saya buat pula hari ini. Ini adalah 'wedding gift' yang telah pun saya siapkan dengan jayanya, yang akan saya mula up-load di Galeri Petals Patch nanti pada hujung minggu ini. Saya namakan sebagai 'The Patch Block-Couple Pillow'.



Saya gunakan printed cotton bercorak polka-dot serta bunga ros digabungkan dengan fabrik cotton bewarna coklat gelap. Saya hiaskan sedikit dengan riben comel dan 'label ribbon' bertulis: Selamat Pengantin Baru. Jadi, kesimpulannya, bantal comel ini hanyalah sesuai untuk dijadikan 'wedding gift' sahaja. Pada yang rasa-rasanya hendak mengetahui lebih lanjut mengenai bantal comel ini, hujung minggu ini silalah jenguk ke galeri saya.....:)


Ada 2 order belum siap......wahhh....ada banyak lagi yang perlu dibuat. Saya nak penuhkan galeri saya semula, stok yang lama akan mula dikurangkan lagi di dalam galeri termasuklah juga barangan contoh yang saya dah buat. So, macam mana? Nak kena buat lelongan awam ke? Hehehehe....

No comments:

Post a Comment