Followers

Friday, November 19, 2010

Ke manakah kami di Aidiladha?

Ke manakah kami sekeluarga sewaktu Hari Raya Aidiladha tempohari????? Toing3..... Tak jauh pun perginya. Dekat saja, perjalanan hanya 1 jam 30 minit barangkali. Hehehehehe... Sebenarnya kami pergi ke Taiping sahaja..... Taiping bukanlah agenda utama di hari raya tersebut, tetapi dua hari sebelum hari raya, bonda mendapat berita sahabatnya sewaktu belajar dulu jatuh sakit. Jadinya, kami pun menukarkan agenda sediada kepada ziarah sambil riadah ke Taiping.

Bergerak tengah hari hari raya Aidiladha selepas sahaja selesai ibadah korban yang disertai disini. Sampainya petang jugalah. Lokasi tempat tinggal....huhuhuhu, Taiping Golf Resort. Pilih punya pilih, akhirnya pilih lokasi yang jauh dan terpencil pula tu. Ini baru betul namanya 'remoting'. Harganya sepatutnya RM120/room, ditambah dengan surcharge kerana 'public holiday' dan cuti sekolah jadilah RM150 tetapi kerana mungkin tidak ramai pelanggan sangat, promosi oleh pihak resort, kami hanya bayar RM100 untuk satu malam....hahahaha...okay le kan...nak tidur saja.

Keadaan bilik boleh la tahan saiz dan tahap keselesaannnya, tetapi tempat makan jauh le pula, kena berkereta. Makan pula tiadalah buffet sebaliknya hanya ala carte. Orang tak ramai, macam mana nak berbuffet kan...:). Si Nuriel, pula bila nampak je pool terus la nak berenang-renang. Pantangkan? Tapi kira Nuriel enjoy la bermalam disini, begitu juga kami. Sunyi dan tenang seketika.

Selepas saja 'check-out' kami pun pergi berjalan-jalan disekitar Taiping. Aktiviti menziarah kawan bonda tu dah pun dilaksanakan sewaktu petang selepas check-in. Wahhhh....sejuk saja pemandangan di Taiping, ala-ala redup gitu. Ye lah...lama benar rasa tak menjijakkan kaki ke Taiping. Kali terakhir rasanya sewaktu Nuriel masih baby lagi. Belum setahun rasanya. Kira sewaktu tengok pepohon yang redup tu alam hati ni rasa tak begitu seronok sebab tak banyak suasana yang cantik tu dapat saya abadikan...huhuhuhu. Jadi saya berazam dalam hati...tak kira, walau macam mana sekali pun, saya akan mengusahakan sesuatu....huahuahua...cepat bekerja keras!!!! Layan je la apa yang ada ini...huhuhuhu:



Tengok ni....Zoo Taiping ya tuan-tuan dan puan-puan. Bayaran masuk Dewasa RM12, kanak-kanak RM8, warga emas RM 10. Dapat naik train tu Free...dulu masa datang ngan Nuriel waktu baby, kena bayar tau....


Suka le tu naik train.....


Kagum melihat Zirafah.....ayatnya: 'Tok, yang itu tu patung zirafah ke?????'. Hahahahaha.... ada dikatanya patung sebab zirafah tu tak bergerak-gerak....

Seperti biasa, aktiviti berlari di merata alam....


Baliknya ke rumah, hari sudah petang......sekali tengok, pokok anggur kami sudah berbuah.... Ada juga la 3 gugus yang kecik cinonet tu....:).. tgk la kat yang saya tanda bulat2 tu. Tak masak lagi, masih hijau...nanti kalau sempat saya snap yang dah masak ye....

2 comments:

  1. wah ! bestnyer pkok anggur da bebuah..leh r mkn pasnie:)

    ReplyDelete
  2. hehehe....segugus yang kecik je...boleh la nak merasa dulu...:)

    ReplyDelete