Followers

Saturday, November 6, 2010

THE SIMPLE HP POUCH - How to?

Selamat tengah malam. Waktu saya membuat entry ini, jam telah menunjukkan waktu 1.55 pagi. Tetapi tak mengapa mungkin waktu inilah saya rasa agak mudah dan idea mula datang. Okay, masih ingat lagi dengan HP pouch saya yang ringkas tu? Jika dah lupa, silalah rujuk sini dan sini. Tadinya saya buatkan satu lagi, untuk bondaku juga.


Ringkas sajakan HP pouch saya tu? Disebabkan ringkas dan mudah saja nak buatnya, maka saya nak berkongsi cara membuatnya. Barang-barang yang diperlukan pun tidaklah banyak iaitu:

1) 2 corak printed cotton (jika nak menggunakan fabrik yang sama untuk luar dan dalam, boleh guna satu corak saja. Fabrik seperti cotton linen pun sesuai)

2) Interfacing

3) Ribbon (Sekiranya hendak menggunakan Bias Tape pun boleh juga)

4) Butang

Alahai..... sikit je kan barang yang nak guna? Dah tu tak bagi ukuran plak tu. Begini, untuk HP pouch jenis ini, amatlah digalakkan untuk HP yang 'slim and sleek'. Ukuran pouch adalah mengikut HP anda dan biarlah betul-betul 'fit' dengan HP tersebut. Kenapa ya? Sebabnya, pouch ini tidak saya buatkan sebarang cover, dibutangkan atau segala yang seangkatan dengannya. Jika tidak 'fit' alamatnya mudah la pula terkeluar nanti.


Mula-mula, silalah ambil ukuran HP anda. Ini saya menggunakan ukuran HP Tok Timah yang lama. Telefon ini agak tebal dan saya ada lebihkan sikit ukuran sewaktu menggunting. Saya menggalakkanlah sangat untuk anda membuat template, bukan membuat ukuran terus ke atas fabrik. Kan sayang fabrik lawa tu nanti jika tersalah ambil ukuran.


Kemudiannya, barulah tekapkan template tadi ke atas fabrik dan lukis ikut template tadi. Selepas itu, sila guntingkan mengikut bentuk tadi dengan meninggalkan sekurang-kurangnya ...5mm di sekeliling dan 10mm untuk bahagian atas. Gunting 2 keping.


Kemudian lagi, sila tekapkan fabrik pertama tadi di atas fabrik kedua untuk mendapatkan ukuran yang sama. Potong ya......2 keping juga.


Begitu juga dengan interfacing. Sama betul-betul ya.


Selepas itu, silalah menyeterikakan interfacing tersebut kepada fabrik untuk bahagian luar. boleh juga jika interfacing diletakkan pada fabrik luar dan dalam, tetapi sila gunakan interfacing yang lebih nipis bagi mengelakkan kesukaran membuat mengalihkan fabrik tu nanti.


Cantumkan kedua-dua fabrik luar dan dalam, bahagian yang salah di luar dan betul di dalam. Pin kan.


Jahitkan bahagian atas (10mm). Dan ulang langkah yang sama untuk set yang satu lagi.


Kemudian seterika bahagian tersebut dan lipatkan ke bahagian yang betul seperti gambar seterusnya.


Potonglah riben ikut saiz HP anda. Beginilah rupanya, riben tu kena 2 kali ganda dari ketinggian HP anda. Seperti yang anda nampak, kena ada 2 set gini ye......


Letakkan di tengah-tengah fabrik (set untuk hadapan) dan jahitkan ribbon tersebut.


Kemudian letakkan kedua-dua set tersebut dengan bahagian dalam di luar dan bahagian luar di dalam. Silalah lihat gambar tu hah...dan jahitkan sekeliling kecualai bahagian atas yang merupakan bukaan untuk pouch.




Sudah jahit? Bolehla kalihkan.


Opsss....tadinya terlupa nak bagi tahu, untuk set bahagian belakang pouch, sila tandakan bukaan untuk ribbon dan buatkan lubangnya sebelum proses mencantum tadi. Boleh menggunakan kaedah lubang butang gitu atau pun jahitkan insang pari di sekeliling lubang itu untuk menambahkan nilai estetikanya. Selepas proses mencantum tadi, silalah keluarkan ribbon menerusi bukaan yang telah dibuat tersebut.


Kemudiannya, silalah jahitkan butang sebagai hiasan. Bukan sahaja hiasa, tetapi butang ini bertujuan untuk mengelakkan daripada ribbon tersebut terkeluar dari bukaan tersebut dan memudahkan penggunaan pouch tersebut nanti.


Dan siaplah........Mudah bukan? Sekejap saja boleh siap. Sekiranya mahu, bolehla menjahit applique atau sulaman atau sebagainya. Tetapi bagi saya, pemilihan fabrik yang comel sudah memadai untuk HP pouch serba ringkas begini.

Okay, harap dapatlah memahami penerangan saya yang serba ringkas dibantu dengan gambar yang sempat saya snap. Cuba ya nanti.....

Hmm.... Saya ada buatkan SALE di galeri saya. Sila-silalah menjenguk sini nanti ya.....:). Adalagi item yang akan saya up-date dalam masa terdekat. Hmmm.... malam ini tak sempat.

4 comments:

  1. hi, thanks for the tutorial. saya tak sempat2 nak cuba untuk buat hp pouch!! insya Allah satu hari nanti :)

    ReplyDelete
  2. TQ...cubalah buat, simple sangat. Mungkin boleh add some others accessories too

    ReplyDelete
  3. salam,terima kasih kerana dah btkan tutorial ini,
    insyallah kan saya cuba buat nanti ya!

    ReplyDelete