Dua hari lepas sempatlah pergi membeli-belah bersama bonda dan anakanda. Melengkapkan kembali barang-barang dapur yang kian surut tu. Kemudiannya, sempat jugalah membelek-belek sesuatu untuk Petals Patch ini yang semakin banyak le pula barang-barang sehingga tuan yang empunya Petals Patch ini sudah naik pening. Setiap kali hendak mencari butang atau zip atau lain-lain aksesori, mesti habis semua di punggahnya. Kalau tak jumpa juga alamatnya beli baru, sekali bila dah beli, baru jumpa balikkan? Begitulah hidup si tuan Petals Patch yang tidak berapa terurus ini. Agaknya kena buka perjawatan sekarang ini: 'Pembantu Peribadi Diperlukan'!!!!. Adoi la, gaji tu cukup-cukup untuk diri sendiri, masih lagi berangan nak menggajikan orang pula.....:). Pagi-pagi tadi, sempat jugalah membuat penyusunan semula segala butang-butang dan zip di dalam 'Multi-purpose Drawer' yang baru je saya beli ini. Lepas ini kena letak label pula, baru tak keliru nanti.
Apa aktiviti apa lagi hari ini? Hari ini mendung saja, hujan sekejap, selepas itu redup sepanjang hari. Maka, rajinlah kami dua beranak ini menggeledah pondok kecil si anakanda ini. Dengan lokasi yang terletak berhampiran jalanraya, habuk-habuk dan debu cepat sangatlah membiak dan bermaharajalela. Jadi tadinya kami membuat sedikit 'housekeeping'. menyusun semula, membersihkan dan menambahkan apa yang patut.

Inilah 'Multi-purpose Drawer' yang saya beli tu, rasa macam besar sangat dah. 39 ruangan dan sebenarnya digunakan untuk letakkan skru, nut atau pun klip. Tapi nama pun 'multi-purpose' kan....jadi? Saya letakkan butang dan zip...hahahahahaha.....layan je la....
Rasanya 39 ruangan tu macam banyak sangatlahkan, sekali bila dah isi, penuh!!! Tak cukup ruangan pula sebab stok butang yang saya ada dah mula bertambah, begitu juga aksesori lain seperti buckle, magnet button dan sebagainya.
Proses mengelap habuk di peralatan dapur tiruan. Banyak betul habuknya, Jenuh jugalah mengelap.
Dah habis mengelap, pasang langsir baru dan susun pinggan mangkuk. Lepas ini, boleh la nak memasak pula ya.....:)
Kemas tak habis lagi budak kecik nih!!
Okay, inilah langsir baru jahit subuh-subuh tadi ya. Sila abaikan corak melintang di langsir tersebut kerana ini hanyalah kain lebih yang akan dimusnahkan jua. Jadi kami ambil untuk digunakan. Hehehehe.....Dah siap, tak sempat-sempat nak pegi beli dawai si cek mek molek tu sunguh-sungguh nak pasang juga. Maka bondanya menggunakan tali je la......hahahaha. Nampak macam huduh benarlahkan??? Dan perasan tak satu lagi, ada bendera Malaysia? Jangan tangkap saya, saya bukan menyalahgunakan bendera Malaysia ya....hehehehe. Begini kisahnya:
Nuriel: Mama, sekarang ni bulan Ogos, bulan merdeka. Kita kena pasang bendera Malaysia. Barula kita boleh merdeka.
Saya: Tak payah la pasang, tak ada kayu la nak buat tiang dia.
Nuriel: Tak pa, kita pasang kat pondok adik ja. Adik orang Malaysia, kena pasang bendera Malaysia.
Kerana itulah bendera itu di situ. Patriotik sungguh anak saya tu kan? Hmmm...Jangan sesiapa berani alihkan bendera tu walau pun Ogos itu telah jauh berlalu.

Malam pula? Hmmm...banyak aktiviti juga, ada kenduri dan mengadap Cik Nina lagilah kan. Menyiapkan tempahan yang masuk. Huhuhuhuhu.......macam malas je nak berkenduri malam ni....hukhukhuk. Apa jua aktiviti anda pada hari ini, diharap anda semua enjoy ya. Menikmati waktu senggang bersama keluarga, mungkin itu saat yang paling gembira. Detik ini juga sebenarnya ada satu rasa yang bersarang dalam hati, jadi saya sedang meneutralkan paras rasa tersebut. Hmmm....tak baik sebenarnya tetapi mungkin saya perlu ambil secara lebih positif.
bestnya ada drawer tu kak... how much ek? tq..
ReplyDeletebilik saya bersepah ya amat... huhuhu..
kalu tak salah dalam 59 hengget kot. Beli kat Giant, agaknya klu kedai biasa boleh dapat murah lagi. Nak simpan benda2 kecik, macam button atau charm, amatlah sesuai.....:)
ReplyDelete