Followers

Saturday, October 16, 2010

Bila Nuriel Berkarya-mama kena bersara

Semalam saya dan Nuriel buat sedikit aktiviti. Ye lahkan...selalu mama dia saja menjahit, Nuriel pun cemburu dan berkeinginan hendak mencuba. Tambah pula dia selalu tengok di TVIQ tentang aktiviti kanak-kanak lain, ujikaji dan sebagainya. Maka kadang-kadang bila periuk belanga hilang atau dalam sinki terapung benda pelik-pelik, dah tentu tak lain tak bukan, hasil tangan si Nuriel Izzah inilah.

Apa yang kami buat semalam? Inilah kerjanya. Layan sajalah si Nuriel Izzah mengkaryakan dirinya hahahahaha.......:)

Apa yang penting, mama Nuriel dah tentu kena tutup kedai lepas ini, atau mewariskan saja Petals Patch kepada si Nuriel.


Hakikat yang sebenarnya, si Nuriel berjaya menggunting walau pun bengkang bengkok bulatannya.


Ini bulatan hasil kerja Nuriel


Dia berjaya melekatkan dengan gam


Dan dia cuba sedaya upaya menjahitkan....

Dah siap.....The 'buntang' cat-Felt keychain....

Hakikat yang sebenar-benarnya, mama dialah yang kena jahitkan semua bagi siap sebab Nuriel akhirnya mengalah kerana tak reti pegang jarum pun. Hahahaha.....jadi, mama Nuriel masih belum boleh wariskan Petals Patch kat Nuriel.

2 comments:

  1. so cute~~~~=)
    activity 2gether2..
    love Pani

    ReplyDelete
  2. tq pani....kan selalu bz....bila ada masa, buatlah sikit aktiviti...:)

    ReplyDelete