Followers

Friday, October 1, 2010

Dress untuk nuriel - Tutorial Kaedah Guna Semula :)

Baju anda terlalu berlambak dalam almari kerana baju yang menjadi semakin mengecil atau anda yang semakin membesar? Atau anda memang sudah bosan dengan baju tersebut dan mengambil keputusan untuk tidak memakainya lagi atau mungkin anda terlalu mempunyai banyak RM sehingga anda tidak dapat menghentikan tabiat membeli dan membeli lagi dan almari anda pun menjadi penuh???

Kenapalah saya bertanya soalan yang ala-ala cepu emas tu kan? Okay....pagi ini hujan turun dengan lebatnya. Alangkah bahagianya kalau saya dapat tidur semula selepas subuh tu kan....tapi saya tak boleh. Jadi saya keluarkan satu baju kemeja warna merah yang saya beli tidak lama dahulu ketika badan tu ala-ala kecil sikit la dari sekarang. Baju itu sebenarnya masih muat untuk saya pakai di badan tapi tak muat pula dekat bahagian bawahnya. Okay? Tak perlu penjelasan lanjut barangkali....harap orang yang senasib dengan saya dapat memahami... kan....:). Baju ini jenama Body Glove, tak lah mahal sangat sewaktu beli tapi sayang sebab materialnya masih elok lagi. So, saya ada idea....hehehehe

Setelah beberapa jam saya menggunting, menggodek, maka terhasillah dress untuk tuan puteri. Hahahahaha....comel tak? Cakaplah comel....walaupun tak comel.....hahahaha... Okay, hasil kerja kurang memuaskan kerana agak comot. Tapi saya suka jugalah sebab tgk tuan puteri pun suka bila memakainya. Terus tak nak buka pula tu. Jimat pun jimat, baju lama boleh jadi baju baru. Lagipun budak-budak cepat membesar. Sayang juga kalau beli baju banyak-banyak kemudian simpan sahaja tak boleh dipakai. Adakalanya, sedikit pengubahsuaian, membolehkan pakaian lama kelihatan menarik dan masih boleh digunakan.

Proses mencuba. Nanti saya snap lagi gambar yang lain.

Inilah bajunya...cepat-cepat selongkar almari anda dan kita cuba buat. Tak salah mencubakan....:). Macam mana caranya? Ini cara saya:


1) Dengan mudahnya cari baju yang anak anda muat letakkan di atas baju anda tadi dan mulakan kerja-kerja menanda.

2) Tandakan dengan kapur macam inilah. Better tandakan besar sedikit dari baju tadi.

3) Guntingkan ikut tanda tersebut
4) Guntingkan pula tangannya

5) Sebab jahit bajukan....kenalah jahit tepi....

6) Terlebih dahulu sebelum proses mencantumkan, boleh jahit bias tape di bahagian bawah tangan, dan leher baju. Kemudian, cantumkan badan, dan cantumkan tangan.

7) Akhir sekali, cantumkan tangan dan badan yang telah dicantumkan dan boleh dihiaskan jika anda mahu...siap.......

Mudah.....murah....jimat....cepat siap......mari cuba, selongkar almari anda sekarang juga....

*Okay, sebab tadi Nuriel enggan tanggalkan baju setelah mencuba dan kami sekeluarga memang hendak bershopping di Tesco, maka beginilah aksi budak yang tak comel ni bergaya dengan dress baru siap dan tak basuh lagi....hehehee...


Jom la....cepat la.....


Hmmm....macam senyum tapi tak senyum...(sebabnya tak nak tunjuk gigi)



Besarnya bawang, boleh makan tak???? RM 12.50/kg

Bekas air? Untuk Izzah....


10 comments:

  1. i LOVE the dress.. sweet nyer your girl menggayakan dress baru nyer.. thank you for the idea.. kena korek jugak lemari.. hehehe :D

    ReplyDelete
  2. ...guna semula...taklah rasa rugi klu tak jadi. Tapi buat baju budak senang, sebab ukuran lebih kurang sikit pun tak apa. Klu baju dewasa ni, mmg tak boleh la nak guna kaedah ni.

    ReplyDelete
  3. waaa..haah ekk..nak buat gak la...tq...kiter kawan ekk..ekk...ekk

    ReplyDelete
  4. tomei:amatlah di alu-alukan....:)

    ReplyDelete
  5. wonderful idea! kena cari baju kat almari.. for my case, i also need to find a budak.. :)

    ReplyDelete
  6. ghgheghe.....pinjam jap anak sedara ke....anak jiran ke...anak kawan ke...hehehe

    ReplyDelete
  7. biasa je....hehehehe....saja2 kat umah, tak de buat pape....ni lah kerjanye...:)

    ReplyDelete
  8. wah!!kreatifnya mama nuriel ni....sweet sgt dress tu...

    ReplyDelete
  9. tq lia...ni nak elak pembaziran....:)

    ReplyDelete