Followers

Saturday, October 16, 2010

Sekali lagi- The winners Of 1st Petals Patch's Giveaway

Hari ini, hari Sabtu yang panas. Saya pun agak keletihan sebab panas. Tetapi sempat jugalah saya membuat pembungkusan untuk tujuan penghantaran. Ye lah, saya janji dengan pemenang Giveaway untuk membuat penghantaran pada minggu ini. Sebenarnya saya kalau boleh hendak tunggu semua pemenang menghantarkan butiran dan saya akan poskan sekali. Tetapi sehingga hari ini, hanya 2 sahaja yang menghantarkan butiran. Yang 2 lagi belum. Agaknya sibuk sangat atau mungkin juga terlupa. Oleh itu, saya ingin umumkan sekali lagi pemenangnya:

1) Pemenang 1st giveaway untuk Little Bunny Mini Tote bag - Mama Zarfan (butiran telah diberikan)

2) Pemenang 2nd Giveaway untuk Heavy Green Flex Pouch - Huda (belum ada butiran anda)

3) Pemenang giveaway MISTERI iaitu 'Dear My Friend-tote bag' - Momma Mia (Butiran telah diberikan)

4) Satu hadiah bonus iaitu 'Love on a stalk- Pouch' - Nyl (belum ada butiran anda)

Kepada yang telah mengemukakan butiran itu, semua pembungkusan telah dibuat. Pengeposan dah tentu pada pagi-pagi Isnin nanti saya buat. Kepada yang belum memberi butiran diminta supaya segera e-mailkan saya maklumat tu agar cepat-cepat saya dapat poskan.


Untuk Momma Mia, saya tambahkan sepasang Rose Petals Brooch daripada felt.


Dan untuk Mama Zarfan ni pula sepasang 'yo-yo Hair Clip'


Dah siap pun dibungkus termasuk gift tambahan, baru saya perasan. Alamak, Mama Zharfan ada baby boy, jadi hair clip tu kena bagi lah dekat anak-anak saudara ke, tak pun pakai untuk diri je la.....maaf ya...:)

Terima kasih ya sebab sudi join giveaway saya yang tak seberapa ini....:)

Satu lagi, perasan tak ada penambahan dekat blog ini. Saya tambahkan dengan Blog Button Petals Patch hasil tangan Acu di AcuRoseDAy Lil Art. Setelah beberapa siri perbincangan, maka berjayalah saya tempekkan blog button nih. Terima kasih ya Acu sebab tolong buatkan untuk saya. Harap lepas ni Acu tak serik nak berurusan dengan saya lagi ya...:)

10 comments:

  1. thanks yer mama nuriel..me boleh pakai jer hair clip tu :)

    ReplyDelete
  2. eh.. dh emel hr kuar result lg.. xpe2.. nil emel skali lg k ;)

    thanks akak! ;D

    ReplyDelete
  3. isk2...baru je akak check email. mmg tak de....hmm...misteri nih. Ni e-mail akak: fieda.yusof@yahoo.com

    Cuba lagi sekali. Atau pun nyl just tinggalkan detail kat sini ya...maaf atas sebarang kesulitan..:)

    ReplyDelete
  4. Ya Allah dapat hadiah lagi. Seronoknya. Thanks mama Nuriel

    ReplyDelete
  5. hadiah kecik je....:)...harap sukalah ye....

    ReplyDelete
  6. akak.. nil dh emel.. mybe yg dlu xsmpi kot.. hehe ;) maseh akak ;)

    ReplyDelete
  7. okay nil...akak dah check, rupanya email nil sebelum ni pun ada, tapi masuk dalam box spam. Klu kat situ mmg akak tak penah buka sebab dalam tu semuanya yang letori lah, Lucky winnerlah....

    maaf ya. So, nanti akak poskan sekali ya...:)

    ReplyDelete
  8. saya dah antarla kak..tak de ek?aih, silap emel address ke?nurulhuda ab.karim. cuba akak try chek lg..if xde, sy antar kejap lg k.sori

    ReplyDelete
  9. Okay Huda....akak dah dapat.....nanti once akak dah pos akak maklum ya...:)

    ReplyDelete