Followers

Monday, November 15, 2010

Malam anugerah PASTI

Selepas saja balik dari memencilkan diri di tepian pantai, malamnya bergegas pula ke majlis anugerah cemerlang yang dianjurkan oleh PASTI. Mulanya si puteri bertuah ini tak mahu pergi sebab katanya tak memenangi sebarang hadiah...ye la, diakan demam sewaktu peperiksaan, maka markahnya pun cukup-cukup hidup je la. Dari No. 2 ke No. 12 perginya. Merajuklah dia sebab tak memenangi sebarang hadiah. Setelah puas dipujuk, pergi jua akhirnya si puteri bertuah ini.


Bila dah sampai ke dewan majlis, mamanya pun dia dah tak ingat. Maklumlah dah jumpa kawan-kawan. Apa-apa pun saya gembira tengok dia bernasyid dengan kawan-kawannya. Sampai lewat malam jugalah majlis berlangsung, yang paling kagum, ada seorang bakal imam muda, bayangkanlah boleh menyampaikan khutbah dalam masa 7 minit tanpa melihat skrip. Sejuk perut ibunya mengandung......:)



Si cilik Nuriel yang bersemangat bernasyid...


Walau pun tak menang sebarang hadiah untuk matapelajaran, dapat hadiah jawab soalan cepat ini pun jadilah untuk menghiburkan hati dia. Masalahnya, soalan Tok Timah yang jawab, tapi Nuriel pula yang pergi naik pentas ambil hadiah....okaylahkan....dari rajuk berpanjangan...hehehehe

Little House lagi....hehehehe....:)

**Dari semalam lagi terbaca entry dai blog seseorang dan seseorang lagi yang memang sengaja saya tak mahu link2kan di sini. Kisah si Uncle Seekers tu dengan Mantan Permaisuri Agong yang dikatakan menjalinkan cinta Syhhh. Saya tak setuju langsung dengan pendedahan si Uncle itu, biarpun katanya 'to seek the truth' tetapi bagi saya ini bukan cara yang sesuailah untuk 'seeking the truth'. Membuka aib orang itu apa hukumnya???? Renung-renungkanlah.....:(

Baca tak entry saya sebelum ini yang bertajuk 'Hey Ladies!!!!'. Hmm...memang la macam tak ada kena mengena sangat dengan entry tu tapi ada la juga sipi-sipi tu. Kesian lagi dekat perempuan, masa ada sayang-sayang, maka kongsi segala cerita dengan lelaki yang kononnya menyayangi dan memahami serta paling mengerti atau pun cinta abadilah.... Sekali sudah tak ada cinta atau cinta sudah dihalang, maka satu persatu keaiban di bogelkan. Untuk tontonan umum pula tu... Adusss.... 'Hey Ladiess!!!' waspada ya dengan lelaki, hattanya suami sendiri pun belum tentu boleh percaya tau sekarang ni.....:(

3 comments:

  1. Kesianlah pada wanita jika suami sendiri pun tak boleh dipercayai! :(

    ReplyDelete
  2. bestnya PASTi kat sana.. meriah btol.. thn depan anak bujang saya pulak masuk Pasti. Mintak2 ada la acara mcm nih.. seronok budak2.. mama budak pun tumpang semangkuk... :D

    ReplyDelete
  3. liza: boleh percaya...tetapi tinggalkan sedikit rasa tak percaya itu untuk diri sendiri.....

    Mamadaniel:Selalunya hujung tahun adalah acara cam ni, acara sukan pun meriah juga. Kemudian PASTI selalunya aktif hantar murid2nya pergi sertai pertandingan. Penting untuk pendedahan dan bina keyakinan dari kecil lagi...

    ReplyDelete